Assunnah-Qatar.com

Forum Komunikasi Islam Berbahasa Melayu di Qatar

Ustadz Abu Ihsan Al-Maidany

Kajian Kitab

Syarah Kitab 200 Soal Jawab Aqidah

2010 4 dari 54 dari 54 dari 54 dari 54 dari 5 / 0 dari 50 dari 50 dari 50 dari 50 dari 5 0 Ratings Akidah
Syarah Kitab 200 Soal Jawab Aqidah
The player will show in this paragraph


Bookmark

Facebook del.icio.us StumbleUpon Digg Technorati NewsVine Reddit Google LinkedIn MySpace Mixx Furl

Data

Dirilis pada 2010
Format Kajian Kitab
Lokasi Medan
Ditambahkan pada Wednesday, 08 December 2010
Kategori Aqidah
Harga 0.00 €
Waktu 0:00
N of discs 0
Edisi 2010
Lokasi
Label
60
Rincian Edisi

Review

Kajian Syarah Kitab 200 Soal Jawab Aqidah

Karya:  Syaikh Hafidz Al Hakami

Download E-book:   Syarah 200 Soal Jawab Aqidah Ahlussunnah

Beberapa Soal:

1- Apakah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh seseorang hamba?
Pertama sekali, seseorang hamba itu wajib mengetahui tujuan Allah mencipta makhlukNya,  mengambil pengakuan mereka, menghantar para rasulNya dan menurunkan kitab-kitabNya kepada mereka. Perkara ini juga merupakan tujuan diciptanya dunia dan akhirat, syurga dan neraka, datangnya hari akhirat, diletakkan alat penghitung amalan dan berterbangannya lembaran-lembaran amalan. Perkara ini juga merupakan sebab kecelakaan atau kesejahteraan dan berdasarkan perkara inilah cahaya Allah diagihkan, sebagaimana firman Allah Ta‘ala (al-Nur 24:40):
Dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh  Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.

2- Apakah sebenarnya tujuan Allah mencipta makhlukNya?
Firman Allah Ta‘ala (al-Dukhan 44:38-39):
 Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan  bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
Firman Allah Ta‘ala (Sad 38:27):
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir.

Firman Allah Ta‘ala (al-Jathiah 45:22):
Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar dibalasi tiap-tiap diri terhadap apa yang dikerjakannya dan mereka tidak akan dirugikan.
Firman Allah Ta‘ala (al-Zariyat 51:56):
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.

3- Apakah arti ‘abd (hamba)?
a. Perkataan ‘abd (hamba) boleh diertikan sebagai sesuatu yang ditundukkan. Dengan erti ini,  perkataan ini merangkumi semua makhluk dari alam atas dan bawah, yang berakal dan tidak, yang basah dan kering, yang bergerak dan tetap, yang jelas dan tersembunyi, yang beriman dan kafir, yang baik dan jahat dan seterusnya. Kesemuanya adalah makhluk ciptaan Allah, dibawah asuhanNya, ditundukkan kepada arahanNya dan ditadbir dengan pentadbiranNya. Setiap satunya mempunyai jalannya yang tersendiri dan juga penghujung. Semuanya bergerak berlandaskan di dalam waktu yang terhad. firman Allah Ta‘ala ( Yasin 36:38):
Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
b. Perkataan ‘abd juga boleh diertikan sebagai hamba yang mencintai dan merendah diri. Dengan erti ini, perkataan ini merangkumi orang yang beriman sahaja. Mereka adalah hamba yang dimuliakan, merekalah wali-wali Allah yang bertaqwa. Mereka tidak akan berasa takut mahupun bersedih di kemudian hari.

4- Apakah arti ibadah?
Ibadah ialah satu perkataan yang merangkumi semua yang Allah suka dan redha samada percakapan atau perbuatan yang zahir mahupun batin. Di samping suci daripada perkara yang bercanggahan dan berlawanan dengannya.

5- Kapan perbuatan itu dikira ibadah?
Sekiranya terdapat di dalamnya dua perkara iaitu cinta dan rendah diri yang sempurna. Firman Allah Ta‘ala ( al-Baqarah 2:165):
Adapun orang-orang yang beriman, mereka sangat cinta kepada Allah.
Firman Allah Ta‘ala ( al-Mukminun 23:57):
Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka.
Allah Ta‘ala telah menyatakan kedua-dua sifat ini dalam firmanNya (al-Anbiya’ 21:90):3
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas (takut). Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.

6- Apakah tanda cinta hamba kepada tuhannya?
Tandanya ialah: dia cinta apa yang Allah cinta dan benci apa yang Allah benci lalu melaksanakan perintahNya, menjauhi laranganNya, membantu pembantuNya dan memusuhi musuhNya. Inilah yang dimaksudkan dengan ikatan iman yang terkuat ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah seperti yang terdapat dalam hadith:
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah membantu kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan bernci kerana Allah.”

Hits 372
Syarah Bulughul Maram - Abu Ihsan « Syarah Bulughul Maram - Abu Ihsan Ustadz Abu Ihsan Al-Maidany Kajian Kitab Kronologi

Playlist Player

Cara Menggunakan Playlist Player

Untuk menggunakan Playlist Player, ikuti langkah singkat berikut :
  • Pilih kajian yang akan didengarkan dengan mengeklik tombol add
  • Pemilihan bisa dilakukan untuk tema kajian maupun penceramah yang berbeda.
  • Jika sudah siap, klik tombol play di Playlist Player.
  • Jika antum menghendaki player ditampilkan di jendela baru, klik pop up Show player in popup.
You are here: I Ustadz Abu Ihsan Al-Maidany Syarah Kitab 200 Soal Jawab Aqidah
Lebih dari 1000 member dan 600 artikel, mau mendaftar?! Klik di sini!

Silakan Pilih!

Mutiara Hadits

"Sesungguhnya Allah menghalangi taubat setiap pelaku kebid'ahan."
(HR. Baihaqi, Thabrani, dan lain-lain)